1. Gudang Pengilangan Berlesen (GPB) merupakan gudang yang dilesenkan di bawah seksyen 65/65A Akta Kastam 1967 untuk menjalankan aktiviti pengilangan dan penggudangan barangan keluaran yang berorientasikan eksport.
2. Permohonan untuk menikmati kemudahan ini hendaklah dikemukakan kepada Pejabat Kastam yang berhampiran dengan premis pengilangan dan tertakluk kepada syarat-syarat dan prosedur permohonan yang ditentukan.
3. Di bawah kemudahan ini pengilangan akan diberi pengecualian ke atas bahan mentah/komponen dan mesin serta peralatan yang digunakan secara langsung di dalam proses pengilangan untuk menghasilkan suatu keluaran siap yang baru.
4. Bayaran lesen Gudang akan dikenakan sebanyak RM 1,200 setahun, manakala fee lesen mengilang dikecualikan.
5. Pemegang lesen GPB hendaklah mengemukakan jaminan bank bagi yang mengilang barangan yang dikatogerikan sebagai barangan kritikal dan bon am bagi barangan bukan kritikal.
6. Hanya pemegang lesen GPB dibenar menjalankan aktiviti-aktiviti yang diluluskan selain daripada akltiviti pengilangan di dalam premisnya dan tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.
7. Pemegang lesen GPB juga dibenar membuat jualan tempatan dan barangan tersebut adalah dianggap seolah-olah ianya diimport.
8. Oleh itu,pengenaan  duti/cukai akan dikenakan sebelum barangan tersebut dilepaskan.