Monday 27 August 2018

Licensed Manufacturer Warehouse (LMW/ GPB)

1. Gudang Pengilangan Berlesen (GPB) merupakan gudang yang dilesenkan di bawah seksyen 65/65A Akta Kastam 1967 untuk menjalankan aktiviti pengilangan dan penggudangan barangan keluaran yang berorientasikan eksport. 

2. Permohonan untuk menikmati kemudahan ini hendaklah dikemukakan kepada Pejabat Kastam yang berhampiran dengan premis pengilangan dan tertakluk kepada syarat-syarat dan prosedur permohonan yang ditentukan. 

3. Di bawah kemudahan ini pengilangan akan diberi pengecualian ke atas bahan mentah/komponen dan mesin serta peralatan yang digunakan secara langsung di dalam proses pengilangan untuk menghasilkan suatu keluaran siap yang baru. 

4. Bayaran lesen Gudang akan dikenakan sebanyak RM 1,200 setahun, manakala fee lesen mengilang dikecualikan. 

5. Pemegang lesen GPB hendaklah mengemukakan jaminan bank bagi yang mengilang barangan yang dikatogerikan sebagai barangan kritikal dan bon am bagi barangan bukan kritikal. 

6. Hanya pemegang lesen GPB dibenar menjalankan aktiviti-aktiviti yang diluluskan selain daripada akltiviti pengilangan di dalam premisnya dan tertakluk kepada syarat-syarat tertentu. 

7. Pemegang lesen GPB juga dibenar membuat jualan tempatan dan barangan tersebut adalah dianggap s​eolah-olah ianya diimport. 

8. Oleh itu,pengenaan Ă‚  duti/cukai akan dikenakan sebelum barangan tersebut dilepaskan.

SEKSYEN 65A

1. Berkenaan dengan sesuatu gudang yang dilesenkan dibawah seksyen 65, Ketua Pengarah boleh, menurut budi bicara mutlaknya, apabila dibayar fee sebagaimana yang ditentukannya dalam setiap hal, member suatu lesen tambahan kepada pemegang lesen dan apabila diberi menarik balik mana-mana lesen itu, untuk meneruskan apa-apa proses pengilangan dan operasi lain berkenaan dengan barang-barang yang boleh dikenakan duti kastam dan apa-apa barang-barang lain.

2. Mana-mana lesen itu hendaklah bagi sesuatu tempoh dan tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah dalam lesen itu.

3. 

(a) Tiada barang-barang telah melalui apa-apa proses pengilangan dalam gudang itu boleh dikeluarkan bagi pengunaan tempatan atau eksport tanpa kelulusan terlebih dahulu daripada Ketua Pengarah.

(b) Tertakluk kepada subseksyen (4), jika barang-barang itu dikeluarkan bagi pengunaan tempatan duti kasatam ke atasnya hendaklah dikira atas dasar seolah-olah barang-barang itu telah diimport.

Dengan syarat bahawa Menteri boleh dalam apa-apa hal tertentu mengecualikan mana-mana orang daripada membayar keseluruhan atau sebahagian daripada duti yang kena dibayar oleh orang itu atas apa-apa barang-barang sedemikian dan dalam member pengecualian itu menteri boleh mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya patut.

4. Jika dalam masa menjalankan apa-apa operasi yang dibenarkan di bawah subseksyen (1) terhadap apa-apa barang-barang yang dikenakan duti kastam terdapat bahan buangan atau hampas, duti kastam hendaklah diremitkan berasaskan kuantiti barang-barang yang dikenakan duti kastam sebanyak mana bahan buangan atau hampas itu timbul daripada operasi yang dijalankan berhubungan dengan barang-barang yang telah melalui mana-mana proses pengilangan.

Dengan syarat bahawa bahan buangan atau hampas itu dimusnahkan tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang dikenakan oleh Ketua Pengarah atau duti dibayar ke atas bahan buangan atau hampas itu seolah oleh ia diimport dalam bentuk itu.




SYARAT-SYARAT
1. Pengilang yang memiliki Lesen Pengilangan di bawah Akta Penyelarasan PerindustrianĂ‚  Syarikat 1975 atau memiliki surat pengecualian yang dikeluarkan oleh pihak MIDA

2. Pengilangan yang menepati tafsiran pengilangan seksyen 2(1), Akta Kastam 1967.

3. Pengilang yang mengeksport melebihi 80% daripada jumlah nilai pengeluaran barang siap bagi tempoh 12 bulan.

4. Pengilangan barang-barang yang berduti eksais seperti kenderaan, rokok, minuman keras dan petroleum/ hasil petroleum tidak layak memohon kemudahan GPB.


AKTIVITI-AKTIVITI SELAIN PENGILANGAN

1. Aktiviti nilai ditambah (value added)

2. Re-manufacturing, repairing dan servicing

3. International Procurement Centre (IPC)

4. Regional Distribution Centre (RDC)

(Source: customs)